Kad Touch and Go dalam Bahasa Melayu Kemudahan Penggunaan Kad Touch and Go dalam Bahasa Melayu

Kad Touch and Go dalam Bahasa Melayu Kemudahan Penggunaan Kad Touch and Go dalam Bahasa Melayu

Touch 'n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia. Ia juga boleh digunakan bersama SmartTAG, sejenis alat dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan.

Selain itu, Touch n' Go juga ialah dompet elektronik kebangsaan bersaiz kad kredit bagi industri pengangkutan dan boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo Touch ‘n Go. Ia dirintis oleh kerajaan Malaysia bagi memperkenalkan sistem pembayaran elektronik bersepadu dan sistem tiket tunggal bagi bayaran tambang tol di lebuh raya, tambang pengangkutan awam, bayaran memakir kenderaan dan bayaran masuk taman tema. Touch 'n Go dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 1997.

-Dalam Bahasa Melayu Kemudahan Penggunaan Kad Touch And Go Dalam Bahasa Melayu title= style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTr9kolAQ68IMpwUDxbHQKd_L-RPToWjCDDS5JA-2Fvg02-vgzYRPLmlg4CVXyq8-EIqVI&usqp=CAU'; />

Kemudahan Touch 'n Go yang pertama dilancarkan secara rasmi pada 18 Mac 1997 di Plaza Tol Jalan Pahang dan Plaza Tol Jalan Cheras. Kemudian, pada 15 April 1997 kemudahan yang sama disediakan di Plaza Tol Salak dan Plaza Tol Bandar Tun Razak. Touch 'n Go mula mendapat perhatian orang ramai apabila pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressways Berhad memperluaskan kemudahan tersebut di kesemua 65 plaza tol sepanjang lebuh raya 848 kilometer kendalian syarikat berkenaan pada 15 November 1998.

Kad Touch N Go Baru (nfc)

Kad dan sistem Touch 'n Go dibangunkan sepenuhnya oleh Teras Teknologi Sdn Bhd menggunakan teknologi MIFARE, teknologi kad pintar tanpa sentuh terulung di dunia. Ia dipasarkan kepada orang ramai oleh Rangkaian Segar Sdn Bhd. Alat pengimbas Touch 'n Go pula dihasilkan oleh sebuah syarikat Malaysia iaitu Cipher Tec (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Subang, Selangor, Malaysia.

Secara amnya, Touch 'n Go adalah teknologi berasaskan sistem pembayaran elektronik menggunakan kad pintar tanpa sentuh. Dari segi teknikal pula, MIFARE adalah teknologi komunikasi radio frekuensi pemancar data antara kad pintar tanpa sentuh dan alat pemgimbas. Transaksi berlaku apabila kad Touch 'n Go diimbas pada alat pengimbas untuk pembayaran atau tambah nilai.

Pada tahun 2005, Rangkaian Segar Sdn Bhd memperkenalkan kad Touch 'n Go yang baru dengan ciri-ciri keselamatan terkini seperti kemaskini kunci keselamatan pada cip kad pintar bagi mengantikan semua kad Touch 'n Go yang lama.

Zynga Poker ™

Terdapat lima jenis kad Touch 'n Go dengan tiga variasi komersil dipasaran. Pembelian kad Touch 'n Go boleh dilakukan di kaunter jualan dan perkhidmatan pelanggan serta agen peruncit Touch 'n Go yang terlibat dengan jaminan selama satu tahun untuk setiap pembelian kad baru.

Kad Touch 'n Go adalah kad keluaran pertama dan projek perintis Rangkaian Segar Sdn Bhd. Ia dijual kepada orang ramai dan setiap kumpulan pengguna pada harga RM10. Walaubagaimanapun, kegunaannya di lebuh raya terhad untuk pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.

Pada bulan Mac 2007, Rangkaian Segar Sdn Bhd telah memperkenalkan tiga rekaan baru kad prabayar Touch 'n Go disamping rekaan asal sempena dengan ulang tahun ke-10 kad Touch 'n Go. Berikut adalah tiga rekaan baru kad prabayar Touch 'n Go.

Cara Refund Duit Dalam Kad Touch N Go Secara Online

Kad tambah nilai automatik Touch 'n Go atau lebih dikenali sebagai Touch 'n Go Zing dikeluarkan oleh kebanyakkan bank-bank utama tempatan. Ia ditawarkan kepada pemegang kad ahli Visa atau MasterCard sebagai kad sampingan kepada kad kredit. Kegunaannya di lebuh raya terhad kepada pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.

Kad Touch 'n Go Fleet Xs adalah kad pascabayar khusus untuk warga korporat. Ia ditawarkan kepada pihak majikan untuk kegunaan kakitangannya. Penggunaan kad Touch 'n Go Fleet Xs terhad untuk pembayaran tambang tol di lebuh raya sahaja. Butiran lanjut seperti nama syarikat, nombor pendaftaran kenderaan dan kelas kenderaan disimpan di dalam cip kad. Ia bagi memantau rekod penggunaan kad dan pergerakan kenderaan di lebuh raya melalui penyata elektronik. Penggunaan kad terbuka kepada semua kelas kenderaan di lebuh raya.

Kad Touch 'n Go Biz Xs mirip seperti kad Touch 'n Go Fleet Xs dengan kemudahan sampingan. Ia sesuai untuk kakitangan syarikat dan warga korporat yang kerap menggunakan rangkaian lebuh raya bertol, berurusan di kompleks perniagaan dan memakir kenderaan di premis meletak kenderaan. Penggunaan kad terbuka kepada semua kelas kenderaan di lebuh raya.

Kad

Rfid Touch N Go: Semua Yang Korang Perlu Tahu (buat Masa Sekarang)

Selain daripada kad pengenalan diri, kad pelbagai guna kerajaan Malaysia atau MyKad yang mempunyai logo Touch 'n Go di bahagian belakang kad adalah kad Touch 'n Go dan boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo Touch 'n Go sebagai kaedah pembayaran elektronik di Malaysia. Touch 'n Go adalah satu daripada 8 aplikasi MyKad. Kegunaan MyKad Touch 'n Go di lebuh raya terhad untuk pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.

Kad ganjaran Buy N Fly diperkenalkan pada bulan Disember 1999 oleh Malaysia Airlines Golden Boutique Sdn Bhd. Ia merupakan kad ganjaran pelbagai fungsi yang dilengkapi dengan kemudahan Touch 'n Go. Walaubagaimanapun, program kad ganjaran Buy N Fly ditamatkan pada 16 Julai 2002. Bagi pemegang kad tersebut, kemudahan Touch 'n Go masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.

Pemegang kad Touch 'n Go mempunyai pilihan tambah nilai sebanyak RM10, RM20, RM50, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300, RM400 atau RM500 bergantung kepada jenis kad Touch n' Go. Bagi tujuan keselamatan, baki simpanan tambah nilai bagi semua jenis kad Touch 'n Go telah ditetapkan pada RM1500.

Touch 'n Go Ewallet

Kaunter jualan dan perkhidmatan pelanggan Touch 'n Go Sdn Bhd di Hab Touch 'n Go, The Sphere Bangsar South, Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Wisma Nufri Johor Bahru menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk para pelanggan termasuk kemudahan tambah nilai kad prabayar, pascabayar dan MyKad Touch 'n Go.

Bagi pemegang kad prabayar atau MyKad Touch 'n Go, kemudahan tambah nilai yang sama juga turut disediakan di kaunter jualan dan perkhidmatan pelanggan terpilih di semua lebuh raya yang menyediakan kemudahan Touch 'n Go serta yang berikut.

Kad

Bagi memudahkan pemegang kad prabayar dan MyKad Touch 'n Go di lebuh raya, tambah nilai secara tunai boleh dilakukan di lorang pandu lalu tambah nilai Touch 'n Go di plaza-plaza tol lebuh raya yang berikut.

Off Da Island In Hobbiton, New Zealand

Selain daripada kaedah di atas, kemudahan tambah nilai disediakan untuk pemegang kad prabayar, pascabayar dan MyKad Touch 'n Go melalui lebih 40 buah mesin deposit tunai AmBank di bandar-bandar utama. Bayaran perkhidmatan sebanyak

Tambah nilai juga boleh dilakukan melalui mesin juruwang automatik terpilih Bank Mualamat, CIMB Bank, RHB Bank, Maybank Malaysia dan Maybank Singapore untuk pemegang akaun bank-bank tersebut dengan pilihan tambah nilai sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300, RM400 atau RM500. Bayaran perkhidmatan sebanyak

Bagi pemegang kad Touch 'n Go Zing, tambah nilai akan ditambah secara automatik apabila nilai kad mencecah baki terendah yang ditetapkan. Kadar tambah nilai automatik RM100 dan bayaran perkhidmatan sebanyak

Tng Ewallet Tembusi China, Pelancong Malaysia Boleh Borong Sakan!

Selain daripada kaedah di atas, pemegang kad prabayar dan MyKad Touch 'n Go mempunyai pilihan tambah nilai melalui agen peruncit yang mempamerkan logo tambah nilai Touch 'n Go di seluruh negara dengan bayaran perkhidmatan sebanyak

Kad

Kegunaan utama kad Touch 'n Go ialah untuk membayar tambang tol di lebuh raya melalui sistem kutipan tol elektronik. Lebuh raya dan sistem kutipan tol di Malaysia terbahagi kepada dua sistem iaitu sistem tol terbuka dan tertutup. Berikut adalah keterangan lanjut dan panduan penggunaan kad Touch 'n Go berdasarkan kepada sistem tol.

Sistem tol terbuka memerlukan pengguna lebuh raya membayar tambang tol di setiap plaza tol yang dilalui pengguna. Kadar bayaran tambang tol adalah kadar tetap yang ditentukan oleh pengendali lebuh raya dengan persetujuan kerajaan Malaysia. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan Touch 'n Go di lebuh raya sistem tol terbuka, pengguna hanya perlu mengimbas kad Touch 'n Go pada alat pengimbas di setiap plaza tol yang dilalui pengguna.

Touch N Go, Cara Daftar Tng Ewallet 2023 Register Card (kad)

Bagi sistem tol tertutup pula, ia memerlukan pengguna lebuh raya mengambil tiket transit di plaza tol masuk dan membuat bayaran tambang tol di plaza tol berikutnya (plaza tol keluar). Kadar bayaran tambang tol pula ditentukan oleh pengendali lebuh raya dengan persetujuaan kerajaan Malaysia mengikut jarak pemanduan pengguna di lebuh raya. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan Touch 'n Go, pengguna hanya perlu membuat imbasan masuk dan keluar kad Touch 'n Go di plaza tol yang berkenaan. Tujuh lebuh raya mempunyai ciri ini, yang paling ketara adalah Lebuhraya Utara-Selatan.

Selain daripada membayar tambang tol di lebuh raya, kemudahan Touch 'n Go turut disediakan kepada pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang. Ia diperkenalkan bagi melaksanakan sistem pembayaran elektronik bersepadu dan intergrasi sistem tiket tunggal pangangkutan awam di Lembah Klang bagi memudahkan orang ramai. Pengguna hanya perlu mengimbas masuk dan keluar kad Touch 'n Go pada alat pengimbas di pintu keluar masuk atau pagar tiket automatik sebagai ganti kepada tiket atau bayaran tambang perjalanan.

Kad Touch 'n Go juga boleh digunakan di premis-premis memakir kenderaan yang terlibat di sekitar Lembah Klang. Pengguna hanya perlu mengimbas masuk dan keluar kad Touch 'n Go pada alat pengimbas untuk melakukan pembayaran sebagai ganti kepada tiket pakir kenderaan.

Touch

E Gift Card

Kad prabayar Touch 'n Go edisi khas Tahun Melawat Malaysia 2007 diperkenalkan pada bulan Februari 2007 bagi mempromosi dan menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2007.

LihatTutupKomentar