Zaman sekitar Che Pah masih bersekolah. Apabila dekat hari raya sebegini, Che Pah dan sahabat baik seperti Hezad Nordin, Khairul Anuar Hj Basri dan Badrul Hisham Omar punya projek tersendiri.
Akan tetapi itulah kami. Terlebih kreatif. Ketua projek ialah Hezad Nordin. Dia mahaguru bab ini. Che Pah agak keras tangan hal buat bunga. Jadi Che Pah ambil keputusan I Follow saja.
Hiasan Dinding Rekaan Kad Raya Yang Sesuai Untuk Hiasan Dinding Rumah Anda title=Memori Pokok Kad Raya style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSuOLN7vLNuVVUW7oVacvTnYC_t1U_XpIs6NxKH9tBk1U0rio4cys2SExlU4aDyxdHlNsU&usqp=CAU'; />
Setiap tahun Hezad akan tampil dengan satu idea kreatif. Che Pah masih ingat lagi, setiap tahun bunga di rumah kami bertukar tukar.
Ready Stock] Aktiviti Diy Kreatif Raya Hiasan Raya Aidilfitri~pelita Lampu Led~ketupat~kad Raya~
Sehari sebelumnya kami ke kedai menjual peralatan membuat bunga di Bandar Muar. Sebuah kedai bunga berdekatan Supermarket Maharani(kini Supermarket Fresco) jadi pilihan kami untuk membeli peralatan.
Ada satu tahun itu kami buat bunga sat lekuk atau bunga berbentuk Love. Ia diperbuat dari dawai lembut yang dilentur menjadi lambang Love.
Leceh dan lambat hendak membuatnya. Che Pah bangsa yang tidak suka membuat kerja remeh temeh dan perlukan penelitian. Buang masa bagi Che Pah.
Embun~suchi: Kad Ucapan Hari Raya Untuk Sambutan Hari Raya
Akhirnya untuk lebih mudah, Che Pah simpan duit. Che Pah jenis yang rajin berniaga. Maka duit simpanan dari berniaga itulah yang Che Pah guna untuk membeli bunga plastik.
Kedai bunga (kini Muo Boutique Hotel) berdekatan perhentian bas Bandar Muar antara tempat paling selalu Che Pah pergi. Sanggup naik bas dari rumah. Kemudian apabila bas berhenti di hentian bas, Che Pah jalan kaki ke kedai tersebut.
Kunjungan pertama bertujuan untuk tahu harga dan pilih jenis bunga yang Che Pah suka. Bukan nak beli pun. Sanggup naik bas semata mata nak meninjau dulu.
Kad Raya Karya Pelukis Istimewa
Che Pah tinjau puas puas. Lebih sejam dalam kedai. Sampai muak pekedai nak layan Che Pah. Che Pah tanya semua harga bunga.
Bila dah puas tinjau harga dan tahu apa jenis bunga yang Che Pah nak, Che Pah naik bas semula dan balik ke rumah.
Dan itulah yang Che Pah akan ulang ulang selagi Che Pah tak dapat bunga yang Che Pah nak.Sampaikan pekerja kedai bunga itu sudah cam benar muka Che Pah. Agaknya dalam hati dia kata, muka dia ni lagi. Datang sepuluh kali tapi belinya tidak.
Kad Kahwin Premium Acrylic Vip Wedding Invitation Card Premium Crystal Ka 019
Dalam hati Che Pah pula membalas, lantaklah nak kata apa.. Janji aku dapat bunga yang aku nak. Dalam masa yang sama Che Pah set cara berniaga untuk dapatkan duit untuk beli bunga tersebut.
Bila dah cukup duit, seminit Che Pah tak tunggu. Sarung baju. Tahan bas Lian Hoe no 29 Tanjong depan rumah. Bayar tambang 20 sen dan terus tuju kedai bunga.
Puas hati dapat bunga yang Che Pah nak. Kalau tidak, rasa tidur malam pun termimpi mimpi. Mata tak boleh pejam. Jiwa meronta. Hati melara.
Cara Bajet Hiasan Hari Raya, Buat Rumah Tampil Lebih 'segar'
Satu lagi hobi Che Pah apabila tiba raya ialah buat pokok untuk menggantung kad hari raya. Budak budak sekarang mesti pelik dengar.
Budak sekarang kad raya pun dia hairan tengok. Maklum mereka sekarang hantar ucapan melalui Whatsapp saja. Kita dulu puas menulis kad raya.
Kalau ada 30 kawan, bermakna 30 kad raya kena ditulis satu persatu. Lenguh jari jemari.. Antara bait ayat paling popular dulu.. Ke hadapan sahabat yang ku kasihi.. Itu intro dia
Hiasan Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia 2023
Jadi maknanya seumpama satu “paksaan” kawan balas kad raya. Bukan apa, kalau tidak dapat balasan, macam mana Che Pah nak gantung dekat pokok nanti.
Tergelak jika ingatkan perangai masa budak budak dulu. Biasanya bila dekat Raya, Che Pah akan mula mencega (mencega itu bahasa orang Johor maknanya meninjau) pokok yang sesuai Che Pah ambil dahannya untuk dibuat pokok menggantung kad raya.
Apabila sudah dapat. Che Pah balik rumah. Ambil parang. Kayuh basikal ke tempat tujuan. Sampai di sana Che Pah tetak dahan pokok tersebut.
Simple Hari Raya Wall Decor ✨
Balik rumah, Che Pah kikis kulit luar dahan dulu. Sebelum hendak dicat, kulit luar harus di bersihkan dulu agar sapuan cat lebih molek.
Che Pah seperti biasa akan cat warna putih. Selepas dicat, Che Pah jemur hingga kering. Kala dahan sudah kering, Che Pah ambil sebijik pasu dan isi tanah dan tanam dahan yang sudah dicat dalam pasu.
Hati Che Pah sudah mula kembang berbunga bila tengok pokok kad Raya dah siap. Meriah Raya aku tahun ini, kata hati Che Pah sambil tersenyum.
Lembaran Mewarna Hari Raya Aidilfitri (teacher Made)
Tak sah raya jika tiada pokok hiasan kad raya ini. Che Pah dan kawan kawan lain berlumba lumba buat pokok kad raya. Berlawan buat pokok paling cantik.
Selesai pokok kad raya ‘ditanam’, mulalah Che Pah kumpul kad raya. Bahagian atas kad akan Che Pah lubangkan dan masukkan benang untuk dibuat tali menggantung kad pada pokok.
Bermulalah tugas menggantung kad raya pula. Nak gantung kad ini pun ada seninya. Mesti ada panjang dan pendek. Baru gantungan jadi cantik.
Gambar Kartun Hari Raya Aidilfitri Design Vector, Hari, Ilustrasi, Islam Latar Belakang Untuk Muat Turun Percuma
Tak lengkap pokok kad raya jika tiada lampu kelam kelip. Itu satu kemestian. Lepas kad dah di gantung, maka baru Che Pah hias pula dengan lampu kelam kelip.
Bila dah siap semua, Che Pah buka lampu kelam kelip.. Wahhh.. Cantiknya. Macam mana meriahnya lampu kelam kelip itu, Begitulah meriahnya jiwa raga Che Pah. Puas hati.
Adakalanya Che Pah tak buat pokok raya. Tukar strategi. Kad raya disemat menggunakan paku sempat pada dinding rumah kemudian dihias pula dengan lampu kelam kelip. Tak kurang cantiknya juga.
Seamaster Paint Catalogue
Apa yang ada di sekeliling kami, itulah yang kami gunakan. Kami bantu membantu dalam menghasilkan sesuatu. Kami bertemu, bertegur sapa, bergurau sesama kami.
Satu di barat. Satu di utara. Di alam maya mereka bertemu. Konsep ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga sudah tidak relevan buat budak sekarang.
Kita dulu usaha mengayuh basikal berbatu batu demi untuk bertemu sahabat. Tak kira hujan mahupun panas. Itu sebab kita sangat hargai kasih sayang dalam talian persahabatan yang dibina. –
Gambar Hari Raya Aidil Fitri Atau Idul Design Dengan Hand Draw Watercolor Hangin Ketupat Moon Dan Bermula, Idul Fitri, Aidilfitri, Aidilfitri Latar Belakang Untuk Muat Turun Percuma
Suspek dikatakan bersubahat dengan seorang pegawai wanita Jabatan Imigresen Pulau Pinang bagi proses penghantaran pulang seorang pekerja asing nasi kandar terbabit pada Disember tahun lalu.