Panjang ceritanya kalauLim Kit Siang kembali memperkatakan tentang pemberian kad pengenalan biru terutama sekali di Sabah. Akarnya akan berselirat kerana di kalangan kakitangan awam yang terlibat dalam proses pemberian kad pengenalan itu kepada warga asing, masih ada lagi yang berkhidmat.
Walaupun mungkin untuk mendapatkan penjelasan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tentang isu berkenaan memandangkan ia berlaku secara berleluasa pada zaman pentadbirannya, sebagaimana yang disebut-sebut oleh Lim Kit Siang sebelum dia berbaik-baik dengan Mahathir, tetapi ia sudah pasti akan amat menjejaskan kerana ia melibatkan banyak pihak, banyak prosedur dan protokol yang telah dilanggar tetapi yang lebih penting, banyak amanah yang telah dirogol dan dijarah.
Baharu Sabah Proses Dan Kepentingan Yang Perlu Anda Tahu title=Tukar IC Anak Ke IC Sabah Atau Sarawak style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQqbzhhAApnid4jsmzX8STcHWKyfrYLM9ZVL9W06sqs5j9NyMj5YskXUhLykPSw6oKTpco&usqp=CAU'; />
Setakat ini, tiada sebarang usaha ke arah memastikan mereka yang memegang kad pengenalan Malaysia atau Mykad, benar-benar tulen. Malah semakin banyak pula tandatanya yang timbul ekoran wujudnya warga asing yang memegang kad pengenalan Malaysia dengan statusnya sebagai Melayu atau Bumiputera walaupun sekali imbas kita tahu, mereka langsung tidak mempunyai titisan darah Melayu atau boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
Berita Yayasan Sabah Vol.7, No.4 (julai Ogos 1985) By Yayasan Sabah Group
Itu belum lagi ditambah dengan ketakutan dan penentangan keras DAP ? PKR terhadap penggunaan mesin biometrik untuk proses pengundian dalam pilihanraya yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Sebaliknya mereka berkeras untuk menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengesanan dan pengesahan status kewarganegaraan pemilih yang berdaftar diketahui.
Lim Kit Siang pernah membangkitkan tentang isu Projek IC yang melibatkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing pada zaman Mahathir. Tetapi Lim Kit Siang langsung tidak berani menyentuh tentang pemilikan kad pengenalan Malaysia oleh warga asing, sama ada palsu atau tulen yang jelas berpihak kepada DAP dalam bentuk pengundi.
Maka sewajarnya kita bertanya, apa sudah jadi dengan perjuangan Lim Kit Siang dan DAP dalam memerangi pemegang kad-kad pengenalan Malaysia di kalangan warga asing? Bagaimana pula dengan pemegang status PR dan Kad Pengenalan Merah atau permit kerja yang kemudian bertukar menjadi MYKAD dan sekarang ini dikatakan merupakan INDUSTRI YANG PALING MENGUNTUNGKAN?
Air Times News Networkkesultanan Sulu Beri Kad Pengenalan Khas Rakyat Sabah, Cabar Kedaulatan Malaysia
Mengapa masih dan berterusan menentang penggunaan mesin biometrik dalam proses pengundian pilihanraya di negara ini kalau benar puak-puak seperti Lim Kit Siang dan DAP memperjuangkan Malaysia untuk rakyat Malaysia, bukannya warga asing yang boleh mengundi untuk parti mereka?Masalah pendatang asing tanpa izin (PTI) di Sabah telah banyak menimbulkan masalah social, masalah jenayah, termasuk masalah politik di Sabah sejak awal tahun tujuh puluhan hingga ke hari ini.
Masalah PTI lebih ketara dan lebih ramai dalam tahun lapan puluhan. Kehadiran PTI telah di exploitasikan oleh pihak-pihak tertentu dan pihak berkuasa dalam Negara sehingga orang-orang PTI mendapat kad pengenalan dengan mudah dan menjadi warganegara dengan sekelip mata. Pemberian Mykad oleh Jabatan Pendaftaran negara kepada ratusan ribu PTI dengan tidak mematuhui peraturan dan undang undang negara telah menghantuhi pemikiran dan kehidupan rakyat Sabah dalam beberapa dekad lamanya. Kebimbangan rakyat Sabah keatas kedaulatan dan keselamatan negeri Sabah sudah lama disuarakan oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah.
Buktinya ramai saksi-saksi daripada kalangan pemimpin dan rakyat Sabah termasuk orang-orang asing telah tampil dalam pendengaran Suruhanjaya Diraja Mengenai Pendatanag Tanpa Izin (RCI) di Sabah telah memberi bukti-bukti bagaimana orang-orang asing/PTI telah diberikan Mykad oleh JPN termasuk sindiket-sindeket yang berkepentingan politik telah didedahkan.
Ic Hilang? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan Mykad Online
Dalam pada itu kedaulatan negeri Sabah dan hak rakyat Sabah telah dicabuli oleh orang-orang asing, mereka tidak layak menjadi warganegara dan tidak sepatutnya jadi pengundi di negeri Sabah, namun malang sekali pada hakikatnya ini telah pun berlaku dibumi Sabah yang tercinta.
Fenomina projek IC dan pencabulan hak asasi rakyat Sabah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tetapi usaha yang gigih untuk membuat penyelesaian dan perubahan harus dilaksanakan segera dengan kaedah baharu.
Cadangan pengwujudan IC Sabah adalah juga terkandung dalam manifesto Parti Maju Sabah (SAPP) pada Pilihanraya Umum ke13 yang lalu, pelaksanaan IC Sabah memerlukan keazaman politik. IC Sabah adalah sebagai salah satu kaedah yang boleh
Kali Kad Pengenalan Malaysia Berubah Wajah
Membantu menyelesaikan masalah kebanjiran orang asing yang mendapat Mykad dengan sewenang-wenangnya dan lebih daripada itu IC Sabah dapat memastikan kedaulatan negeri Sabah dan hak hak rakyat Sabah terjamin.
RUKUN NEGARA – Kedaulatan Undang-undang, keluruhan perlembagaan � tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang apatah lagi orang-orang pendatang tanpa izin yang sewenang-wenangnya mendapat hak kewarganegaraan secara tipu dan haram.
Perkara VIII dalam Perjanjian Malaysia 1963 termaktub bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan membuat undang-undang, menjalankan kuasa atau lain-lain tindakan yang mustahak bagi melaksanakan jaminan-jaminan, pengakuan-pengakuan dan syor-syor yang terkandung dalam Bab III dan kembaran-kembaran A dan B kepada penyata Jawatan Kuasa Antara Kerajaan (laporan IGC) yang ditanda tangani pada 27hb Febuari 1963, setekat mana jaminan-jaminan, pengakuan-pengakuan dan syor-syor itu tiada dilaksanakan dengan isi-isi kandungan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia perlu dilaksanakan. Khusunya dalam Bab III Laporan IGC para.16 -IMIGRESEN yakni kemasukan ke dalam negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) memerlukan kelulusan daripada negeri yang berkenaan. Ia itu bahawa Imigresen ada dibawah bidang kuasa negeri Sabah dan Sarawak.
Daftar Kelahiran Jpn (buat Surat Beranak Online Sijil Lahir)
Oleh yang demikian pemberian status sebagai warganegara baru oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada orang asing sewenang-wenangnya dengan kad pengenalan yang berdaftar angka 12 dan menjadi rakyat Sabah adalah tidak sah dan melanggar Perjanjian Malaysia 1963.
Pihak Sabah boleh mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah kepada rakyat Malaysia yang tulin di Sabah. Perlaksanaan ini boleh dilakukan dengan menguatkuasakan Perjanjian Malaysia 1963 sepertimana yang telah dijelaskan diatas.
Tujuan IC Sabah ialah supaya pihak berkuasa di Sabah dapat mengenalpasti orang yang berwarganegara Malaysia pada masa yang sama juga orang tulin Sabah. Kepada orang-orang asing yang telah diberi kewarganegaraan tetapi tidak ada dokumen yang sah sebagai rakyat Sabah tidak layak mendapat IC Sabah.
The Sun Daily 040822
Kepentingan IC Sabah adalah bertujuan supaya semua pengurusan dalam kerajaan negeri Sabah perlu gunakan IC Sabah contohnya; permohanan tanah, biasiswa, lesen perniagaan, permohonan pekerjaan awam dan semua urusan kerajaan yang lain. Dengan cara ini hak-hak rakyat Sabah dapat dipertahankan dan keadilan social terhadap rakyat Sabah juga terjamin.
I) Dewan Undangan Negeri Sabah perlu meluluskan suatu Enakmen yang disebut Enakmen Pendaftaran Negeri Sabah untuk mengwujudkan Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah (JPNS)
II) Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah adalah bertujuan untuk melaksanakan proses permohonan dan kelulusan pengeluaran IC Sabah untuk anak watan Sabah yang tulin.
Semakan Mykid Jpn 2023
III) Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah (JPNS) diwujudkan dibawah Jabatan Ketua Menteri Sabah. Jabatan ini diketua oleh seorang Pengarah, seorang Timbalan Pengarah , Pegawai-Pegawai pendaftaran Daerah, dan kaki tangan sokongan yang akan ditentukan mengikut keperluan semasa
VI) Sijil Lahir adalah dokumen yang penting untuk pengeluaran IC Sabah dan juga Mykad maka JPNS harus mempunyai kuasa untuk pengeluaran Sijil Lahir bagi menentukan siapakah anak watan Sabah yang tulin.
VII) Pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Dalam Negeri hanya berhak mengeluarkan / memberi kewarganegaraan Malaysia tetapi tidak berhak memberi status sebagai rakyat Sabah (IC no 12) kecuali mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah (JPNS).
Eia Kibing Sand Mining Rev 1 Full
VIII) Selaian daripada penggubalan Enakmen Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah, seleras dengan Perlembagaan Malaysia maka pindaan Akta Pendaftaran Negara juga perlu dilaksanakan di Parlimen.
I) IC Sabah hanya layak diberikan kepada anak watan Sabah. Anak watan Sabah dan keturunannya yang berada di Sabah (North Borneo) sebelum dan pada 31 Ogos 1963 adalah secara otomatis sebagai warganegara dalam syarat Perjanjian Malaysia 1963. selanjutnya orang orang Sabah yang mempunyai sijil lahir dan dokumen yang sah layak
Iv) Orang Sabah yang berpegang sijil lahir lewat daftar yang mempunyai dokumen yang membuktikan bahawa dia adalah anak watan Sabah juga layakAku dilahirkan dan dibesarkan di Sabah kerana mak dan abah aku bekerja di sana. Sebelum 1980-an, orang Semenanjung lebih dikenali sebagai orang Malaya. Semasa aku berumur tiga tahun, aku biasa dengar kawan-kawan abah aku yang terdiri daripada orang Sabah menjerit (sambil bergurau) kepada abah aku, Hoi, orang Malaya. Apabila aku demam dan batuk, aku takut berjumpa dengan doktor yang berasal dari Australia maka aku yang duduk di atas pangkuan abah berkata, Abah, batuk dah tak ade, batuk dah balik Maya. Perkataan Maya merujuk kepada Malaya. Semasa usia aku tiga tahun, ada sesetengah perkataan aku tidak dapat menyebut dengan betul. Harapanku di dalam hati agar abah percaya dan terus berkata, O ye ke, kalau macam tu kita balik jelah. Ternyata abah cuma mendengar dan berkata, Ya tanpa berganjak dari klinik itu.
Kad Pengenalan Sabah, Bukan Penyelesaian Isu Dokumen Pengenalan Diri Meragukan
Semasa aku meniti zaman kanak-kanak, dalam proses aku belajar bercakap, aku diajar oleh mak abahku bercakap dalam bahasa orang Malaya. Aku hanya boleh bertutur perkataan bah dihujung sesuatu ayat ketika aku berusia empat tahun hasil aku mendengar perbualan mak dan abah aku ketika berbual dengan kawan-kawan mereka berdua. Contohnya, makan sudah bah. Hal ini tidak hanya berkisar pada percakapan harian tetapi juga melibatkan makanan. Mak abah aku mengajar aku dan adik beradik makan makanan orang Malaya khususnya makanan dari negeri Kedah dan Perak. Walaupun selama 20 tahun aku tinggal di Sabah, aku tidak biasa makan makanan orang Sabah. Ketika sambutan hari raya Aidilfitri, mak dan abah aku menghidangkan ketupat palas dan rendang. Ini adalah di antara cara mak dan abah aku mengukuhkan identiti aku adik beradik bahawa 'kita Orang Malaya'.
Pengukuhan identiti ini ditambah lagi dengan diskriminasi yang wujud dalam undang-undang dan perbezaan hak di antara orang Malaya dan orang Sabah. Aku tidak layak memohon biasiswa atau pinjaman dari Yayasan Negeri Sabah walapun aku dilahirkan di Sabah. Justeru, aku hanya layak memohon biasiswa yang ditawarkan di negeri kelahiran mak dan abah aku sahaja. Aku diwajibkan memiliki pasport untuk keluar dan masuk dari Sabah ke Semenanjung Malaysia. Semasa berurusan di pejabat imigresen Negeri Sabah, pegawai di situ pernah menyatakan kepada abah aku berkenaan status diri aku, Dia mesti ada pasport sebab yang diambil kira di sini adalah