Secara asasnya kad ni digunakan untuk kecemasan atau untuk membeli barang ketika duit dah takde dalam kocek. Disini ada beberapa maklumat yang mungkin berguna untuk rujukan semua kawan-kawan sekelian, jadikan petikan ini sebagai rujukan dan pengajaran pada masa depan. Kadar interest normal kad kredit adalah 18% setahun lebih kurang 1.5% sebulan, agak tinggi juga sebab cuma along jer yang lebih tinggi, tapi kalau pembayaran cantik selama 1 tahun mungkin interest akan turun mengikut kadar yang ditentukan oleh bank negara. Kalau tak silap sampai 13.5%, cuba rujuk semula pada bank terdekat sebab dah tak berapa ingat. Jika bayaran lewat dari due date maka anda akan didenda mengikut kadaran bank, cuba tanya bank yang anda apply. contoh:
Kalau anda telah mengunakanrm1000 dari kad anda maka kad anda akan dicaj 1.5% sebulan. Interest ni dikira pada baki hujung bulan pengunaan kad anda. Jadi rm1000x 1.5% maka interest yang anda perlu bayar rm15. jadi bulan tersebut anda kena bil rm1015 sebulan, bil mungkin dalam rm50 sebagai bayaran minimum. Namun kalau boleh jangan membuat bayaran minimum kerana anda terpaksa menanggung baki tertunggak. Contohnya rm1015 ditolak rm50 jadi rm965, jadi bulan berikutnya kalau anda tak gunakan kad kredit maka rm965 x 1.5% jadi rm14. Maka bil anda pada bulan berikutnya adalah rm965 + 14 jadi bil anda rm979. Jadi elakkan membayar baki anda secara minimum, jika bil keluar meminta bayaran sebanyak rm100 eloklah anda membayar rm200.
Kredit Dan Tawaran AEON Di Malaysia - Kad Kredit Aeon Boleh Keluarkan Duit Kelebihan Dan Kemudahan Pengeluaran Tunai title=Kad Kredit Dan Tawaran AEON Di Malaysia style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRBUqxs9FGChuw3PBvPb6AUmNNlUS0iLUGHc8_LSN9nZ63xGbZwXtuZIYm7LZgiNhvnqX8&usqp=CAU'; />
Bank banyak memberikan promosi berkaitan kad kredit tapi anda harus memilih yang terbaik kerana walaupun perkhidmatan yang diberikan hampir sama tapi harus memikirkan perkara berkaitan:
Panduan Memilih Kad Kredit Pertama Anda
Kadar caj adalah hampir sama kerana dikawal oleh bank negara namun perkara diatas harus diambil berat. Ikut statistik bank yang paling banyak pemegang kad adalah citibank diikuti oleh maybank. Kedua jenis ni saya tak pernah pakai namun boleh dipertimbang kerana ramai yang guna kad jenis ni, ikut orang lain kata citibank senang beri hadiah setelah dapat point yang cukup, maybank pulak banyak promosi. Bank lain juga ada menyediakan perkhidmatan yang baik seperti cimb, ambank, rhb, hsbc, hong leong, dan banyak lagi lah. Ini ikut pengalaman saya sendiri, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, rhb khidmat pelanggan dia kena baiki, cara layanan ala-ala je(saya memang tegas dalam khidmat pelanggan, masa kita susah kena bantuan khidmat pelanggan)walaupun promosi boleh tahanlah. Maybank pulak nak tembusi talian macam nak tembusi kubu susah juga. Hong leong payah nak lulus, dah 3 kali apply tak lulus juga. Mungkin bank untuk orang kaya. Ambank punya khidmat pelanggan the best untuk bank Malaysia(pandangan peribadi saja, Tan Sri tak bayar saya utk promosi nih...hehehe), mungkin Tan Sri Azman Hashim tegas dalam polisi in, macam aku sekarang pakai ambank realreward(skang dah takde kad ni) sebab free for life dan ada point realreward. Hsbc dan standard chartered pun boleh apply tapi percuma untuk setahun je rasanya. Satu lagi kena tanya pasal free for life sebab lain bank lain syaratnya. Ada yang kena swipe kad sekali sebulan ada yang 2 kali, rasanya ada yang swipe 6 kali je setahun, aku tak ingat dah bank mana cuma tanya kat depa. Tanya diorang maklumat pasal free for life ni betul-betul, jangan rasa tertipu plak nanti, kalau bank tu tak layan sound je pasal setiap application kita dia dapat komisen. Atau cari bank lain.
Terbaik apply yang islamic punya, sebab denda dia tak tinggi dan tiada caj berganda anda. Kiranya kalau lambat bayar sebulantak dicaj 2 kali ganda macam bank konvensional. Bank yang aku rasa ok sikit bank islam, bank rakyat, muamalat dan bank biasa yang ada islamic macam maybank, cimb dan ambank(Bank Rakyat kalau tak silap, setiap kali 'swip' dia akan call, tapi leceh bila nak buat 'internet banking', kena call selalu. Tapi safety memang tiptop kalau macam tu.). Kalau nak senang bayar maybank, cimb dan bank islam. Tapi kerja kl semua senang, tapi bagi saya mana bank yang ada cash deposit mesin kira oklah. Kad yang saya minat sudah tentubank rakyat, cimb petronas islamic dan cimb islamic, maybank petronas islamic dan maybank ikhwan atau ambank islamic. Bankantarabangsa ok, tapi susah nak bayar sebab cawangan kurang. Payah nak bayar guna IBG sebab kena caj rm2 sekali bayar. Tapi ikut pengalaman, rhbdan ambank paling senang lulus. Apply AEON boleh tapi dia punya tukang kutip hutang kalau anda lambat bayar memang TEGAS. Dia punya call tak henti2 sampai anda fobia nak angkat telefon bila nombor tak kenal. Namun kelebihan pada promosi untuk pinjaman beli baranglah...AEON Credit kan banyak promosi.
Nasihat berguna kalau malas nak tunggu lama sangat application dari satu bank ke satu bank. Anda hanya perlu apply semua bank yang anda tahu dalam satu masa. CONTOH ambil cuti satu hari pegi semua bank yang kita tahu, isi semua borang siap dengan copypayslip hantar terus ke bank. Sebab letih juga nak tunggu keputusan satu bank kemudian bila tak lulus, apply plak dengan bank lain, satu application ambil masa 2 minggu minimum untuk lulus. Kalau bank baik takpe, dia hantar surat kalau tak lulus. Ada bank buat bodooo jer bila pelanggan tak lulus. Sebagai pelanggan kena selalu telefon Call Centre, sebab sepupu saya hampir 2 bulan tunggu, tengok tak lulus( Bikin panas line jer) Baik buat sekali gus, kalau lulus 1 kira oklah. Kalau lulus sampai 3, pilih 1 je yang lain kasi POTONG.
Kad Kredit Bsn Teachers Mastercard Emas
Risiko kalau apply banyak nih, kerajaan caj terus RM50 kalau kad lulus. Kalau 10 yang lulus masak anda bayar RM500 terus ke kerajaan...pandai2 merancang dan bermain dengan risiko nih....Heeemmm.
Peringatan 70% kes muflis di Malaysia adalah penguna kad kredit yang berusia muda. Jangan pula anda tergolong dalam golongan ini, susah hidup nanti kena tindakan mahkamah.
Belanjawan tahun 2010 setiap keping kad kredit akan dikenakan rm50 caj cukai, kalau pakai 4 keping kena cukai rm200 setahun, banyak weh beri duit pada kerajaan. Sebab tu elok pakai sekeping je, dan berkhemah dalam mengunakan kad kredit. Jangan swipe ikut suka kelak kantoi plak. Satu lagi Jangan mengeluarkan cash mengunakan kad kredit sebab akan dicaj lebih setiap pengeluaran tak termasuk interest, interest dia plak ikut hari. Dahsyat nanti anda tengok ada tulis ' late charge'.Bukan anda lambat bayar sebenarnya cuma 'late charge' tu adalah interest untuk pengeluaran tunai mengunakan kad kredit.
Sebab Kad Kredit Tidak Sesuai Digunakan Sebagai Sumber Wang Kecemasan
Itu je untuk catatan, kalau ada maklumat tambahan akan di kemaskini kemudian. Jika ada soalan sila ajukan kemudian dalam blog, fb atau msg
Maklumat terbaru..anda boleh guna kad kredit 2 jenis bank jer bermula 2012. Jika mahu lebih maklumat sila google ok sebab kebanyakan tulis dalam bahasa inggeris...saya lemah skit.
Mana yag boleh jawab saya jawab, mana yang terlalu teknikal sila pergi BANK yang terdekat dengan anda. Saya bukan pegawai bank, cuma guru kanak-kanak riang jer..... :-)@
Sebelum 'swipe' Kad Kredit, Pastikan Anda Tahu 7 Ilmu Penting Supaya Tak 'tercekik' Nak Bayar
Itu je untuk catatan, kalau ada maklumat tambahan akan di kemaskini kemudian. Jika ada soalan sila ajukan kemudian dalam blog, fb atau msg
Maklumat terbaru..anda boleh guna kad kredit 2 jenis bank jer bermula 2012. Jika mahu lebih maklumat sila google ok sebab kebanyakan tulis dalam bahasa inggeris...saya lemah skit.
Mana yag boleh jawab saya jawab, mana yang terlalu teknikal sila pergi BANK yang terdekat dengan anda. Saya bukan pegawai bank, cuma guru kanak-kanak riang jer..... :-)@