Perhatian! Sila SAVE nombor di bawahini. Anda mungkin tak perlukan sekarang, tapi apabila anda nak bertanya tentang medical card anda atau apa sahaja 24 jam, sila call nombor ini dan beri nombor IC anda (Sangat berguna bila anda nak suruh AIA cepatkan kelulusan GL anda masa tunggu sebelum masuk wad).
Juga sila Install Apps dalam Andro Handphone/iPhone andaSenang anda nak cari lokasi Hospital Panel AIA, no telefon hospital dan harga bilik di sana.
Harga Kad Perubatan Dinaikkan Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kenaikan Harga Kad Perubatan title=SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI MEDIKAL KAD style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQayAFy1LXNhYbPbxL7sNaFV1N3XRbR5wx94BMyInWayGzUVEOu9HzoKhUgBHltCbe6GB8&usqp=CAU'; />
1) Cooling Period. Anda boleh menarik diri/cancel ambil takaful dalam masa 14 hari selepas terima buku polisi+kad anda. Anda boleh maklumkan kepada saya jika nak cancel dan deposit anda dipulangkan semula (bukan serta merta, amik masa AIA pulangkan).
Perkara Utama Yang Anda Perlu Faham Bila Nak Ambil Medical Card
2) Incontestable Period untuk syarikat insurans (AIA Public Takaful). Syarikat boleh menarik diri juga dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh polisi berkuat kuasa. Oleh kerana syarat ini, maka dinasihatkan kepada semua customer tak membuat claim PENYAKIT KRITIKAL atau penyakit bukan virus yang bertahap serius, seawal 24 bulan dari tempoh polisi bermula/tarikh polisi berkuatkuasa. Adalah tak logik penyakit kritikal hanya wujud dalam tempoh 24 bulan ini, melainkan anda dengan sengaja TAK DECLARE kewujudan penyakit tersebut (sama ada anda tau atau tak tau, bermakna penyakit telah wujud sebelum ambil polisi. Jadi polisi tak cover penyakit sedia ada!). Namun begitu, penyakit biasa seperti kemalangan, demam akibat virus cirit birit cover seperti biasa. Mudah faham, penyakit kritikal atau tak kritikal yang bertahap serius akan disiasat oleh AIA jika berlaku dalam tempoh awal umur polisi.
3) Semak bayaran bulanan polisi anda! Semak potongan bayaran anda walaupun anda buat AUTODEBIT. Bank atau pihak AIA tak akan maklumkan sebarang kegagalan potongan. Bayaran cash juga perlu semak. Kegagalan bayar mengikut tarikh due date akan menyebabkan polisi dan masalah apabila menggunakan medical card. Jika transaksi gagal, sila bayar secara manual menggunakan maybank2u atau di kaunter AIA terdekat. Boleh juga minta tolong saya untuk settlekan. Sila beri perhatian serius ya!
Dalam masa 4 bulan atau 120 hari ni (cooling period), status penggunaan Medical Card adalah Pay and Claim (utk Warded dan Outpatient Kemalangan). Tak boleh masuk hospital free/Free Admission. So dinasihatkan teruskan pembayaran dan jangan guna dulu medical card anda untuk smooth kan rekod permohonan Medical Card anda (Anda kena faham, belum approve penuh lagi...masih dalam tempoh Cooling Period lagi ye). Untuk kes emergency, No Problem, contohnya= kene Demam DENGGI dan Kemalangan...
Medical Card Aia Takaful Tipu, Ejen Menipu
31-120 Hari = Kemalangan DAN Warded Penyakit Disebabkan Virus (Contoh demam Virus/Viral Fever). Anda boleh Pay and Claim (Belum FREE lagi ye). Hati-hati, jika penyakit tersebut adalah bukan virus (berkemungkinan Penyakit Kritikal), dan mungkin kene reject dan kene tunggu result Doctor Medical Report.
Perlu diingat juga, supaya tak claim penyakit berkaitan TONSIL dalam tempoh 4 bulan. Takut nanti akan di exclude/kecualikan kan daripada rawatan selepas ini. Dalam masa 4bulan pertama sila maklumkan kepada saya sebelum masuk ke Hospital Panel. (sebenarnya bawah 2 tahun pun masih tak selamat untuk dapatkan rawatan berkaitan Tonsil...AIA pasti akan siasat rekod perubatan berkaitan tonsil anda sebelum luluskan GL. Recommendation saya, lepas 2 tahun baru try guna Medical Card untuk kes berkaitan Tonsil).
4) Pastikan urusan menggunakan Medical Card adalah JIKA ANDA ADMIT/MASUK WAD sahaja ye. Urusan rawatan pesakit luar atau rawatan 15 minit, 1-2 jam tak di cover oleh Medical Card kecuali kemalangan (kemalangan kena Pay and Claim jika tak warded).
Perkara Yang Wajib Anda Faham Sebelum Ambil Medical Card
5) Macam mana dengan situasi jika mengalami kemalangan (jalanraya, jatuh pokok, kene mesin dan apa-apa la jenis kemalangan) ? Ya, anda masih dilindungi walaupun KEMALANGAN bukanlah PENYAKIT. Anda akan dianggap sebagai Rawatan Pesakit Luar yang DI COVER walaupun TAK WARDED. Namun, anda perlu bayar terlebih dahulu dan claim kemudian (Pay and Claim). Ingat, kena bayar dulu dan claim kemudian.
6) Sila gunakan Hospital Panel sahaja melainkan anda mengalami KEMALANGAN dan URUSAN URGENT. Ini kerana anda terdedah kepada CLAIM DITOLAK kerana ada klausa-klausa yang tak dilindungi oleh AIA. Dua keburukan menggunakan Hospital Bukan Panel:
I- Bayar sendiri dulu (gunakan cash atau credit card anda dahulu). Boleh claim kemudian, tapi bukanlah dapat dalam masa cepat. Ambil masa untuk diproses. Anda perlu bayar rawatan dan dokumen report doktor yang diperlukan untuk claim. Banyak kerja tapi selepas anda dapatkan dan bayar semua dokumen dan bil, barulah saya boleh bantu anda buat claim dari AIA.
Booklet Umrah Ibc 2023 Compressed_2
Ii- Mungkin claim akan ditolak kerana tak memenuhi syarat boleh claim dan lain-lain lagi. Hospital Panel arif bab-bab ini dan senang berurusan dengan hospital panel. Mereka akan maklumkan jika ada klausa tak dipenuhi sebelum rawatan atau caj dikenakan.
* Hati hati dengan Tarikh Due Date jika anda bayar secara Manual (maybank2u atau Kaunter AIA), kerana jika anda LEWAT BAYAR dari tarikh due date, berkemungkinan bila anda nak warded ada problem. So, jaga pembayaran masing masing untuk elakkan MASALAH. Bukan isu bayar tak bayar ya tapi ON TIME atau LEWAT. Elakkan konflik di masa hadapan atau masa susah nak guna Kad Perubatan nanti.
TANGGUNGJAWAB ANDA = Bayar POLISI ON TIME tarikh due date..l. Dah banyak kes emergency bil ribu ribu tapi kene PAY AND CLAIM walaupun warded!!! sebab client bayaran tertunggak. Mohon jasa baik tak ungkit kerana benda kecil seperti ni boleh menyukarkan situasi anda. Saya PESAN AWAL supaya kita beringat ye.
Bila Boleh Guna Medikal Kad
8) Sila ambil perhatian, jika polisi anda lapse, anda akan perlu mengikuti semula tempoh waiting period 120 hari jika anda menyambung bayaran kembali. Bermaksud, Pay and Claim dalam tempoh 120 hari tersebut. ...ramai jadi marah bila perkara ini berlaku. Lapse adalah masalah besar jika anda berada dalam situasi sangat memerlukan Medical Card dalam tempoh 120 hari selepas polisi anda diaktifkan semula (re-instate).
* Jika anda kemalangan tapi tak warded (setakat pergi ke klinik biasa, mohon tulis di resit punca kemalangan dan bila tarikh berlaku
* Perlu di ingat, bil rawatan dan ubat ubatan (ubat rawatan sakit anda sahaja, kalau ubat untuk sokongan/kesihatan tambahan dan vitamin tak cover ye) boleh claim No Problem. Tapi.....kalau ada kes tertentu dan AIA tak percaya/ ragu ragu/ perlukan Pengesahan Medical Report daripada Doktor bertugas, maka anda perlu MOHON kepada Hospital Panel yang anda masuk (call pun boleh), untuk Mohon Dokumen Medical Report ini. KOS MEDICAL REPORT ditanggung oleh anda dan TAK BOLEH CLAIM. (akan dimaklumkan jika diminta...kalau tak minta, ok jer...claim proses terus...biasanya tak minta)
Bila Boleh Guna Medikal Kad?
Pastikan Official Receipt DAN DAPATKAN ITEMIZE BILL ye...tak nak Temporary Receipt atau Invoice! Belek-belek sikit resit anda tu..kalau Invoice, mohon pergi balik kat kaunter dan mintak kaunter printkan Official Receipt. Dah banyak claim reject pasal Invoice atau Temporary Receipt ni...dah dapat semua hantar semua kepada saya
12) Perhatian! Semua jenis rawatan SELAIN masuk wad, tak di cover melainkan KEMALANGAN dan semua kemalangan yang tak warded adalah JENIS PAY AND CLAIM ye.
13) Jika kes kemalangan tersebut DAN anda warded, maka ianya cashless (Bukan Pay and Claim), namun perlu ingat, tak boleh warded melebihi 24 jam daripada tempoh berlakunya kemalangan. Contoh, kemalangan ketika bermain futsal berlaku 20hb, anda pergi ke hospital untuk pada 24hb. Ini tak boleh cashless. Kes ini akan jatuh kepada Pay and Claim disebabkan terlalu lama selepas berlaku kemalangan (AIA ragu ragu kes tersebut adalah Kemalangan sebab terlalu lama). Anda wajib terus serta merta ke Hospital Panel untuk rawatan pada 20hb itu juga!
Medical Card Aia
14) Jika Medical Card anda cover BILIK RM150...anda perlu faham, jika anda masuk bilik RM200, perbezaan RM50 anda perlu bayar sendiri dan TAK BOLEH claim. Pilihlah yang bersesuaian. Bilik wad hospital swasta ni macam Hotel juga. Bajet anda kurang, janganlah minta bilik 5 Star hehe. Jika anda nak upgrade harga bilik, sila hubungi saya (harga bayaran bulanan akan berubah lah ye..mestilah lagi mahal bilik, lagi mahal bayar bulanan). Ketika ini RM150 adalah harga normal tapi ada hospital tertentu yang harga lebih tinggi dan ada juga yang ada bilik bermula RM80 sahaja (Sila telefon Hospital Panel untuk semakan harga mereka. Macam telefon harga bilik Hotel juga).
15) Telefon dulu Hospital Panel tanya kekosongan wad sebelum pergi..jangan walk-in ye. Kadang-kadang penuh, sila ke hospital panel yang lain berhampiran. Tanya juga bilik yang available tu harga berapa? Matching tak dengan coverage bilik Medical Card anda? Rujuk senarai Hospital Panel di MyAIA
*(semua ni boleh mintak kat Hospital tapi memang kene bayar/caj masa keluar nanti. Insurans tak cover barang barang keperluan yang bukan untuk rawatan ye). Mohon bawak la sendiri dari rumah. Ala macam nak masuk homestay la kiranya. Hospital ni sediakan bilik dan rawatan sahaja ye. Semua benda lain die caj!
Kepentingan Kad Perubatan Atau Medical Card Untuk Semua Orang!
17) Perlu diingat, ada masa dan ketika (SITUASI TERTENTU), GL anda di tolak dan anda perlu bayar sendiri dahulu (Walaupun anda tahu patutnya dapat masuk FREE). Ini adalah kerana Kes Admit Wad anda perlu untuk DISIASAT terlebih dahulu dan AIA ingin lihat apa full medical report dari Doktor sebelum buat keputusan kes ini FREE atau TAK DI COVER. Mungkin ada sakit lama yang tak declare, mungkin disiasat atas faktor kurang maklumat penyakit tersebut untuk buat keputusan dan mungkin juga, penyakit nak admit wad ini ada kaitan dengan penyakit lain yang ada dalam rekod perubatan...Nak buat macam mana, terpaksalah bayar dahulu. Tapi bukanlah setiap masa.....hanya kes tertentu yang AIA nak siasat sahaja ye.
18) Jika anda mengalami kes GL Reject, harap maklum bahawa GL Reject ini DIREKODKAN dan akan menyebabkan sebarang GL di masa hadapan akan ditahan sehinggalah kes GL Reject ini diselesaikan. Anda tak boleh cabut lari dan abaikan sahaja. Ada customer kadang kadang bila reject, mereka terus guna medical card company