Saya fikir, saya amat jarang bercerita bagaimana nak dapatkan client dalam bidang takaful ni. Ada ke orang nak? Senang ke susah nak cari client? Dari mana nak dapatkan prospek?
Baiklah… Kali ini saya nak kongsikan kepada anda semua, macam mana nak dapat client dalam bidang takaful. Secara ringkasnya, kaedah-kaedah mendapatkan client takaful ini hampir sama sahaja dengan produk kewangan yang lain. Tapi kat sini, saya nak share pengalaman saya sendiri sahaja.
Dengan Bisnes Kad Yang Menguntungkan title=Kelebihan Menjadi Agen Insurans style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQzFKZXs9Xk6wjVhzEfPmi-o_awOeQ6UcEBTInNFKc_sC8DncpepsYdfPaD19Li9flp8a8&usqp=CAU'; />
Natural market ni maksudnya orang-orang sekeliling kita yang memang kita dah kenal. Contohnya ahli keluarga, rakan sekerja, rakan sekolah, rakan universiti, rakan persatuan, jiran, saudara-mara dan sebagainya. Orang-orang ini semua adalah orang kenal kita dan kita kenal dia secara langsung.
Ejen Roadtax Dan Insuran Kereta, Jobs, Part Time, Sales, Retail & Marketing On Carousell
Dengan natural market, kita ada kelebihan dari segi mendapatkan appointment memandangkan dia memang dah kenal kita. Cuma tunggu dia nak jumpa kita atau tak. Closing ratio juga amat tinggi apatah lagi jika kita memang seorang yang disegani atau disenangi.
Referral pulak bermaksud orang yang diperkenalkan kepada kita oleh orang yang kita kenali. Contohnya, kakak kita perkenalkan kawan sekerjanya kepada kita. Referral juga memberi closing ratio yang tinggi memandangkan “trust” telah terbentuk dari awal dengan menjadikan orang yang memperkenalkan kita kepada dia sebagai sebuah jambatan yang kuat.
Referral sebenarnya tidak akan putus selagi mana kita rajin memintanya daripada natural market kita atau exisitng clients. Gambar bawah ni kawan kepada kawan saya.
Etiqa Takaful: Kelebihan Kerjaya Ejen Insuran Dan Takaful
Cold Call ini maknanya kita membuat panggilan secara rawak terhadap nombor-nombor telefon yang kita dapat dari pelbagai sumber seperti pameran, kenduri kawin, directory syarikat, laman web, buku pelawat dan macam-macam lagi.
Untuk kaedah ini, kita memerlukan banyak himpunan nombor telefon untuk dihubungi. Dari 20 nombor telefon yang kita panggil, mungkin kita dapat mengatur 6 appointment. Dari 6 appointment itu, mungkin 3 dapat close deal. Closing rationya agak significant. Disebabkan itu, kita memerlukan nombor telefon yang banyak. Sebab dalam banyak2 nombor itu, ada yang out of service, ada yang off, ada yang tidak angkat, ada yang tidak mahu, ada yang suruh call semula dan macam-macam lagi.
Menyebar flyers atau risalah kelihatan satu aktiviti yang mudah. Tapi ketahuilah bahawa menyebar flyers perlulah dalam kuantiti yang betul-betul pukal. Ini kerana closing ration untuk flyers boleh dikatakan sangat-sangat rendah iaitu 1000:1. Maknanya dalam 1000 flyers yang kita edarkan, mungkin hanya dapat close 1 kes sahaja. Hal ini kerana flyers bertujuan untuk diedar secara rawak kepada sebanyak mungkin manusia. Jadi kita tidak tahu, apa keperluan produk kita kepada pembacanya.
Cara Permohonan Menjadi Sub Ejen Insurans Dan Takaful Kenderaan (kereta/motorsikal)
Setiap orang yang melakukan perniagaan, pasti ada business card kan? Business card ini boleh menjadi powerful tools dalam mendapatkan client jika digunakan dengan cara yang betul. Apabila anda memberikan business card anda kepada orang lain, pastikan anda juga kembali mendapat business card dia! Barulah kita boleh hubungi dia untuk set appopintment. Jangan haraplah dia nak hubungi kita untuk dapatkan rundingan. Kita yg kena call dia. Sebab itu, pastikan kita dapat business card orang yg kita temui apabila kita menghulurkan business card kita.
Membuka booth untuk memasarkan takaful ada seninya tersendiri. Buka booth pula menuntut komitmen yang tinggi. Antaranya masa yang digunakan agak panjang, bayaran sewa tapak jika ada, penyediaan perkakas dan peralatan, penyediaan bahan-bahan promosi dan lain-lain. Agak sukar untuk terus close kes dengan orang yang melawat booth kita. Oleh itu, booth lebih sesuai dijadikan lubuk untuk mendapatkan nombor telefon dan contact. Booth untuk penerangan produk dilihat kurang sesuai.
Seminar jualan pula adalah sesi taklimat yang kita dapatkan untuk membuat taklimat secara berkelompok atau berkumpulan. Kaedah ini sesuai digunakan di pejabat-pejabat atau sekolah-sekolah. Dengan kaedah ini, kita berpeluang mendapatkan bilangan kes yang lebih banyak. Sama seperti booth, dari kaedah seminar jualan ini, kita seharusnya mengumpulkan seberapa banyak contact number. Kalau pun tidak dapat terus close semasa taklimat, kita masih banyak peluang untuk bertemujanji di luar.
Jadi Ejen Prudential Bsn
Penggunaan internet dalam perniagaan tidak dapat dinafikan lagi pada zaman ini. Semuanya nak up-to-date dan pantas. Pengiklanan melalui internet seperti dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Linkedin, Instagram dll banyak memberi impact dalam sesuatu perniagaan. Pada masa sekarang, orang ramai lebih selesa merayau-rayau dalam internet terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat sebelum membeli atau memiliki sesuatu barang. Maka peluang ini harus digunakan sepenuhnya untuk memperkenalkan diri dan servis kepada umum dengan harga yang cukup murah. Seperti yang saya lakukan ini. Membuat blog untuk berkongsi tentang produk, servis dan kerjaya dalam bidang takaful.
Haaaa.. Macam mana? Banyakkan sebenarnya kaedah-kaedah nak dapatkan client. Anda pun mesti boleh buat mana-mana kaedah di atas. Apa lagi? Jom Jadi Agen Takaful! Hubungi Suri Fitriah 017-3723344.
Tags: Agen Great Eastern Takaful, booth, cara cari client, cari client, client, cold call, dapat client, kaedah-kaedah dapatkan client, mana nak dapat client, nak client, natural market, prospect, referral, seminar jualan, strangeKerjaya sebagai agen insurans merupakan kerjaya yang kurang di minati terutama di Malaysia. Orang ramai beranggapan kerjaya ini tidak menjamin masa depan. Ada juga yang memandang kerjaya ini di kelas terbawah “low class” di mana agen-agen mengedarkan risalah di tepi jalan, memasang booth di mall atau di premis perbankan.
Kenapa Masih Ada Ejen Promote Takaful Sebagai Produk Simpanan Atau Pelaburan?
Akan tetapi di sebalik bekerja seperti berikut, ramai yang tidak menyedari kelebihan memilih pekerjaan ini sebagai kerjaya. Ramai juga yang tidak mengetahui bidang pekerjaan ini adalah bidang perniagaan yang mana amatlah di unjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ
Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.
Baik Buruk Kerjaya Agen Takaful Perlu Tahu(sebelum Pindah Industri Ini)
Antara satu-satunya kerjaya yang boleh melakukan hal ini Yakni membantu orang ramai menyediakan perancangan kewangan ketika musibah. Manusia mampu merancang namun Allah yang menentukan dan saya yakin, pasti tiada siapa yang dapat menjangka bila musibah akan menimpa. Ketika kita diuji, kita boleh lihat berapa ramai yang boleh bantu kita. Jangan kata orang lain, kita sendiri juga belum tentu dapat memberi bantuan sepenuhnya bila keluarga sendiri ditimpa musibah terutama dari segi kewangan.
Ramai memilih kerjaya yang murni ini kerana dapat menaikkan atau mengekalkan impian dan taraf hidup sesebuah keluarga. Perlindungan takaful bukan sahaja sekadar medikal kad, malah menyediakan perlindungan ketika kemalangan mahupun kematian.
Sebagai agen takaful, masa kerja adalah fleksibel. Maknanya kita bebas untuk menentukan masa mula kerja kita. Terdapat meeting dan training yang perlu di hadiri bagi setiap agen. Akan tetapi agen tidak terikat dengan waktu kerja pejabat seperti pekerjaan yang lain.
Hj Kem On Linkedin: Medical Card 3 In 1 + Life + Saving Affordable Extensive Coverage Medical…
Bagi permulaan untuk membuat sesuatu bisnes mesti memerlukan modal. Namun bagi menjadi agen insurans modal yang di perlukan adalah rendah dan akan mendapat pulangan yang tinggi berbanding dengan bisnes yang lain. Pulangan tinggi adalah bergantung kepada keinginan dan kemahuan setiap agen. Hakikatnya, purata pendapatan agen adalah dari 5 hingga ke 6 angka.
Untuk berjaya di dalam bidang ini, agen hanya perlu menjadi ‘good follower’ dan mengikuti sistem yang telah di tetapkan. Sistem ini yang telah terbukti melahirkan ramai jutawan di kalangan agen insurans. Sistem ini termasuklah latihan profesional yang di sediakan bagi setiap agen.
Latihan ini di berikan secara percuma kepada semua agen. Setiap agen bermula dari ‘zero’ dan menjadi ‘hero’ apabila mampu memantapkan diri dengan menghadiri latihan yang telah di tetapkan setiap minggu.
Item Prince Perak
Lazimnya, Jika kita menjual sesuatu barang fizikal, sudah pasti untungnya sekali sahaja iaitu pada barang tersebut sahaja. Namun di industri insurans anda boleh merasa keuntungan setiap pelan jualan sehingga 6 tahun dengan sekali jualan. Saya lihat belum ada lagi bisnes lain yang bagi setiap jualan akan terima komisen sehingga 6 tahun lamanya. Itu lah salah satu kelebihan kerjaya dengan insurans yang tiada pada yang lain. Jadi lagi banyak pelanggan yang anda ada, lagi banyak lah komisen yang anda akan dapat.
Di lapangan ini anda menentukan berapakah income yang anda mahukan. Jika kita kerja di sesebuah syarikat, sudah pasti gaji menjadi perkara utama yang difikirkan. Malahan gaji bulanan adalah sama setiap bulan. Kalau ada kenaikkan pun setahun hanya sekali. Itupun bergantung dengan keuntungan syarikat dan bermurah hati nak bagi increment.
Berbeza dengan kerjaya ini. Anda berpeluang untuk menjana pendapatan tanpa had. Yakni anda boleh tetapkan berapakah dan banyak mana kenaikkan pendapatan anda. Bergantung kepada usaha anda untuk buat jualan. Tiada siapa yang menghalang mahupun boleh limitkan pendapatan anda kecuali anda sendiri. Anda buat 100%, anda dapat 100%.
Sub Ejen Insurance, Jobs, Part Time, Sales, Retail & Marketing On Carousell
Selain daripada komisen bulanan dan increment, bonus antara perkara yang paling sangat best sekali di bidang ini. Ianya juga akan membuatkan kita lebih bermotivasi nak buat kerja. Kebanyakkan majikan selalunya akan bagi bonus kepada pekerja mereka setahun sekali. Ada juga yang dua kali setahun. Bergantung kepada syarikat.
Begitu juga kerjaya dengan takaful. Anda juga akan diberikan bonus tahunan. Jumlah bonus tahunan adalah hampir 13% daripada jumlah sales yang anda buat. Malah bonus anda dikira sehingga 3 tahun hasil jualan terdahulu!!
Tidak ramai majikan yang boleh menawarkan peluang bercuti secara percuma kepada para pekerja mereka. Lazimnya paling banyak percutian pun setahun mungkin sekali sahaja. Akan tetapi dengan menyertai bisnes takaful ni, anda berpeluang ke luar negara secara percuma hampir 4 atau 5 kali dalam setahun. Seronok bukan? Malahan semua percutian yang disediakan adalah di luar negara. Bukan untuk kerja, tetapi memang syarikat sudah tetapkan untuk memberi ganjaran percutian.
Kaedah Kaedah Mendapatkan Client
Gajet yang selalu di berikan adalah gajet dari brand Apple seperti iphone dan ipad. Setiap agen mestilah mencapai target yang telah di tetapkan untuk